Saturday 15 December 2012

Berbuat Baiklah Kepada ibu Bapa

Assalamualaikum.. Hari ini kita berbicara tentang kewajipan mentaati kedua ibu bapa. 
BERIMAN dan mentauhidkan allah adalah syarat yang perlu dipatuhi agar segala ibadat yang dilakukan seseorang tidak menjadi sia-sia. Seterusnya, Allah memerintahkan supaya manusia melakukan kebaikan (Ihsan) kepada kedua ibu bapa. Ihsan kepada ibu bapa dengan mentaati segala kemahuan mereka selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Begitu juga, apabila bercakap dengan ibu bapa, si anak diharamkan meninggikan suara, mengherdik, mencaci dan berkata dengan perkataan yang tidak baik. Malah, mereka juga tidak boleh menunjukkan bahasa badan yang boleh mengguris perasaan kedua-duanya. ia menggambarkan ibu bapa mempunyai kedudukan yang amat istimewa menurut perspektif Islam. 

Daripada Abdullah bin Umar bin As R.A, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : 
"Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar". 
Para Sahabat bertanya : "Adakah orang yang mencaci ibu bapa?" Jawab Rasulullah S.A.W : "Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula."

Firman Allah yang bermaksud : 
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuny), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu: dan (ingatlah) kepada Aku jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Surah Luqman; ayat 14.

Setiap insan perlu melakukan segala kebaikan kepada ibu bapa mereka. ini kerana dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, mereka akan dimurahkan rezeki dan mendapat kasih sayang dan ihsan daripada isteri dan anak-anak. Ini bertepatan dengan satu hadis daripada Ibn Umar, Rasulullah bersabda;

"Berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anakmu berbuat baik kepadamu. Dan bersikap jujurlah kepada ibu bapamu, nescaya isteri kamu akan bersikap jujur kepada kamu." (Hadis al-Tabrani)


Friday 14 December 2012


Assalamualaikum.
Disini terdapat soalan berkaitan tajuk pelajaran dosa kecil dan dosa besar.

Soalan 1:
Nyatakan samada perbuatan tersebut dosa kecil atau dosa besar.

Perbuatan
Dosa Kecil / Dosa Besar
1.       Menyakit hati ibu bapa


2.       Memakan harta anak yatim


3.       Melihat aurat bukan mahram


4.       Menconteng dinding sekolah


5.       Membuat bising


6.       Mengumpat