Sunday 25 November 2012

Panduan menghapuskan dosa


Cara Menghapuskan Dosa Kecil... 
• Melakukan amalan yang baik dan ibadat kepada Allah serta memperbanyakkan ucapan istigfar. 

Cara Menghapuskan Dosa Besar...
 • Bertaubat
 • Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan.
 • Meninggalkan perbuatan dosa.
 • Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa.
 • Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia.

Friday 16 November 2012

sayyidul istighfar

Penghulu istighfar (sayyidul istighfar)

Ia antara zikir Rasulullah Sallallahualaihi Wa Sallam yang dibaca pada setiap pagi dan petang yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Lafaz sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) adalah seperti ini:


Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Waktu dibaca :
Selepas subuh dan selepas asar.
Kelebihan sesiapa yang mengamalkannya :
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari ).

Saturday 10 November 2012

Bidang Ulum Syariah Tahun 6 (AQIDAH)

Pengertian Dosa Kecil:
Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah tetapi tidak disertai ugutan dan ancaman dari Allah.


Pengertian Dosa Besar:
Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah disertai dengan ugutan dan ancaman dari Allah


Contoh Dosa Kecil:
1. Membazir
2. Membuang Masa
3. Membuang sampah merata-rata
4. Melihat perkara2 yg maksiat
5. Mendengar perkara atau lagu-lagu yang melalaikan


Contoh Dosa Besar:
1. Syirik
2. Sihir
3. Membunuh
4. Minum Arak
5. Berzina dan liwat
6. Menuduh orang berzina (fitnah)
7. Derhaka kpd kedua ibu bapa
8. Lari dari medan perang
9. Putus Asa dari rahmat Allah

Justeru marilah kita sama-sama menjauhi perkara yg menyebabkan kita mendapat dosa samada dosa kecil atau dosa besar.
Firman Allah yg bermaksud:
“sesengguhnya orang yang mendapat balasan kebaikan adalah orang yg menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yg kecil-kecil (yangg mereka terlanjur melakukannya, maka ianya dimaafkan) sesungguh Allah itu Maha Luas PengampunanNya” Ayat 32:Surah An Najm.


Hasil Pembelajaran:

  • Aras 1: 
1. Murid dapat menyatakan pengertian Dosa Kecil dan Dosa Besar. 
2. Menyatakan dalil naqli Dosa Kecil dan Dosa Besar. 
3. Menyatakan hukum wajib menjauhi Dosa Kecil dan Dosa Besar. 
4.Sentiasa beristighfar kepada Allah s.w.t.

  • Aras 2 : 
1. Menyatakan perbezaan di antara Dosa Kecil dan Dosa Besar. 
2. Sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan / perkara maksiat. 

  • Aras 3 : 
1. Menyatakan cara menyucikan diri daripada Dosa Kecil dan Dosa Besar. 
2. Meyakini Allah Maha Pengampun.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.


Selamat Datang ke Blog Saya

Assalamualaikum..wbt dan salam sejahtera.. Ahlan wasallam ke blog Pendidikan Islam Sekolah Rendah.. Diharap perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.