Friday 16 November 2012

sayyidul istighfar

Penghulu istighfar (sayyidul istighfar)

Ia antara zikir Rasulullah Sallallahualaihi Wa Sallam yang dibaca pada setiap pagi dan petang yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Lafaz sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) adalah seperti ini:


Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Waktu dibaca :
Selepas subuh dan selepas asar.
Kelebihan sesiapa yang mengamalkannya :
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari ).

3 comments:

  1. Salam.tahniah banyak info,anak akak suka membacanya,teruskan info-info yang lain juga ok.

    ReplyDelete
  2. Salam.. terima kasih kak.. Moga-moga info ni bermanfaat utk semua.

    ReplyDelete